Thursday, October 30, 2008

Royal Charity Dinner for Criminalise War

Akhirnya dapat juga disambung nukilan dalam ruangan ini, selepas satu minggu yang sibuk dan penuh dengan aktiviti persembahan oleh kanak-kanak Swatari. Berbeza dengan acara sebelum ini persembahan kali ini sangat istimewa kerana penglibatan kumpulan ini dalam acara bertaraf dunia dan khas untuk generasi muda dalam konteks global.
Selepas membuat persembahan untuk World Route Development Forum, Swatari turut serta dalam majlis jamuan makan malam sempena pelancaran Yayasan Perbadanan Kuala Lumpur Menjadikan Perang Sebagai Jenayah (Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War Incorporated).


Antara tarian yang dipersembahkan oleh Swatari Kanak-kanak dalam majlis ini adalah tarian zapin, Cina (tarian kipas), India (Bhangra) dan etnik Borneo (tarian Sabah dan Sarawak). Mereka turut muncul dalam persembahan puisidra yang mendapat tepukan paling gemuruh di kalangan tetamu jemputan.



"Kanak-kanak Swatari menjalani latihan tarian Borneo"

Thursday, October 16, 2008


Kumpulan kanak-kanak Swatari sekali lagi telah mempersembahkan tarian mereka pada 13hb Oktober 2008 pada jam 8:30 malam di Tasik Titiwangsa. Sejak awal Oktober yang lalu, kumpulan ini telah giat menjalani latihan bagi memantapkan persembahan mereka.
Kali ini mereka menghiburkan kumpulan profesional dari dalam dan luar negara untuk majlis bertaraf dunia, "14th World Route Development Forum Welcoming Gala Dinner". Persembahan Swatari kali ini terdiri daripada 100 orang kanak-kanak; 20 kanak-kanak akan mempersembahkan tarian zapin dan 80 orang lagi akan menyambut tetamu jemputan dalam suasana yang penuh warna warni.
Selain Swatari, kumpulan Dua Space, penari-penari Wilayah dan ramai lagi telah turut bersama-sama menjayakan acara yang berprestij ini.

October 13, the children of Swatari Dance group performed their zapin dance at Titiwangsa Lake Garden, KUALA LUMPUR. These young Malaysian kids have started training for this event since early October.
In conjunction with the "14th World Route Development Forum Welcoming Gala Dinner" tonight, our children have entertained both local and international professionals with the zapin dance and colorful welcoming parade .
The famous Dua Space dance group, the state dancers and many more local entertainers also performed in this world class event.

Wednesday, October 1, 2008

* Selamat Hari Raya Aidilfitri *

'Perjalanan jauh tak ku rasa,
Kerna hatiku melonjak sama,
Ingin berjumpa sanak saudara,
Yang selalu bermain di mata'

Seronoknya dapat balik ke kampung menyambut hari raya... Bolehlah lepaskan kerinduan pada keluarga. Sempena raya tahun ini, jangan lupa untuk meluangkan masa besama keluarga menonton rancangan raya di tv. Swatari Berhari Raya - Sempena Hari Raya Aidlfitri tahun ini, kumpulan Swatari dari Pakngah Productions akan memeriahkan hari raya kita semua dalam beberapa program tv.
Antara program yang pasti dinantikan adalah "Teratak Siti", "Melodi Raya", "Seronoknya Raya", "Bintang 2 Zaman" & "Raya Bersama Bintang". Nantikan kemunculan Swatari bersama artis-artis terkemuka tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Farah Fauzana dan Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Noraniza Idris dan Nabil (Raja Lawak) sepanjang Hari Raya ini.