Friday, February 6, 2009

Kelas Asas Tari Sesi 2009


Pengumuman, Pemberitahuan dan Perhatian

Swatari (PakNgah Production) kini membuka pendaftaran sepanjang bulan Februari ini untuk kelas asas tari yg baru bagi sesi 2009. Ibu bapa/Individu/Anak-anak yang berminat untuk mempelajari asas tari negara kita bolehlah mendaftar di pejabat PakNgah Production di Prima Setapak Business Center, Jalan Genting Klang, Setapak. Pelajar yang mendaftar akan dilatih oleh tenaga pengajar yg profesional dan berpengalaman dalam tarian rakyat dan tradisional. Yuran pendaftaran sebanyak RM20.00 dan yuran bulanan RM30.00 (pelajar/kanak-kanak) dan RM50.00 (dewasa) adalah berpatutan sebagai langkah permulaan untuk mendalami bidang tarian mahupun untuk menjadi penari yang berkebolehan.

Pada tahun ini juga kelas teater dibuka pendaftarannya seperti kelas asas tari. Mereka yang ingin menceburi bidang lakonan pula boleh mempelajari teknik-teknik dalam lakon teater sekiranya ingin menjadi anak pentas suatu hari nanti. Kelas teater ini pula dilatih oleh individu yang tidak asing dalam dunia teater sendiri, iaitu Puan Norzizi Zulkifli. Pastinya banyak yang ingin dicurahkan pada pelajar kelas teater ini oleh tenaga pengajarnya.

Mereka yang berminat boleh menghubungi pejabat PakNgah Production di Prima Setapak Business Center, Jalan Genting Klang, Setapak KUALA LUMPUR (tel: 03-40237978) atau menelefon terus Mak Ngah di no. 0193819349 untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan.

Thursday, October 30, 2008

Royal Charity Dinner for Criminalise War

Akhirnya dapat juga disambung nukilan dalam ruangan ini, selepas satu minggu yang sibuk dan penuh dengan aktiviti persembahan oleh kanak-kanak Swatari. Berbeza dengan acara sebelum ini persembahan kali ini sangat istimewa kerana penglibatan kumpulan ini dalam acara bertaraf dunia dan khas untuk generasi muda dalam konteks global.
Selepas membuat persembahan untuk World Route Development Forum, Swatari turut serta dalam majlis jamuan makan malam sempena pelancaran Yayasan Perbadanan Kuala Lumpur Menjadikan Perang Sebagai Jenayah (Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War Incorporated).


Antara tarian yang dipersembahkan oleh Swatari Kanak-kanak dalam majlis ini adalah tarian zapin, Cina (tarian kipas), India (Bhangra) dan etnik Borneo (tarian Sabah dan Sarawak). Mereka turut muncul dalam persembahan puisidra yang mendapat tepukan paling gemuruh di kalangan tetamu jemputan.



"Kanak-kanak Swatari menjalani latihan tarian Borneo"

Thursday, October 16, 2008


Kumpulan kanak-kanak Swatari sekali lagi telah mempersembahkan tarian mereka pada 13hb Oktober 2008 pada jam 8:30 malam di Tasik Titiwangsa. Sejak awal Oktober yang lalu, kumpulan ini telah giat menjalani latihan bagi memantapkan persembahan mereka.
Kali ini mereka menghiburkan kumpulan profesional dari dalam dan luar negara untuk majlis bertaraf dunia, "14th World Route Development Forum Welcoming Gala Dinner". Persembahan Swatari kali ini terdiri daripada 100 orang kanak-kanak; 20 kanak-kanak akan mempersembahkan tarian zapin dan 80 orang lagi akan menyambut tetamu jemputan dalam suasana yang penuh warna warni.
Selain Swatari, kumpulan Dua Space, penari-penari Wilayah dan ramai lagi telah turut bersama-sama menjayakan acara yang berprestij ini.

October 13, the children of Swatari Dance group performed their zapin dance at Titiwangsa Lake Garden, KUALA LUMPUR. These young Malaysian kids have started training for this event since early October.
In conjunction with the "14th World Route Development Forum Welcoming Gala Dinner" tonight, our children have entertained both local and international professionals with the zapin dance and colorful welcoming parade .
The famous Dua Space dance group, the state dancers and many more local entertainers also performed in this world class event.

Wednesday, October 1, 2008

* Selamat Hari Raya Aidilfitri *

'Perjalanan jauh tak ku rasa,
Kerna hatiku melonjak sama,
Ingin berjumpa sanak saudara,
Yang selalu bermain di mata'

Seronoknya dapat balik ke kampung menyambut hari raya... Bolehlah lepaskan kerinduan pada keluarga. Sempena raya tahun ini, jangan lupa untuk meluangkan masa besama keluarga menonton rancangan raya di tv. Swatari Berhari Raya - Sempena Hari Raya Aidlfitri tahun ini, kumpulan Swatari dari Pakngah Productions akan memeriahkan hari raya kita semua dalam beberapa program tv.
Antara program yang pasti dinantikan adalah "Teratak Siti", "Melodi Raya", "Seronoknya Raya", "Bintang 2 Zaman" & "Raya Bersama Bintang". Nantikan kemunculan Swatari bersama artis-artis terkemuka tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Farah Fauzana dan Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Noraniza Idris dan Nabil (Raja Lawak) sepanjang Hari Raya ini.

Sunday, September 28, 2008

Swatari Kanak Kanak


Swatari Kanak Kanak

Sungei Wang 70's Show


Satu lagi persembahan yang menghiburkan daripada artis-artis Swatari. Kumpulan ini berjaya memberikan persembahan yang menarik setiap minggu dalam slot Showcase Hari Raya di Sungei Wang baru-baru ini.
Kepada yang belum menyaksikan persembahan Swatari secara 'live' di Sungei Wang, Bukit Bintang, kumpulan artis tari ini akan menghiburkan anda sekali lagi pada 3, 4 & 5 Oktober 2008 ini.

A great perfomance from Swatari dance group who have been entertaining each and every shoppers in Sungei Wang, Starhill every weekend during the fasting month Ramadhan.
Feel free to drop by in Sungei Wang shopping centre to catch swatari's performances live this coming October 3, 4 & 5 for another "an-evening-to-remember".

Permata Hati

Mira adalah permata hati.